Identiti salah seorang daripada perajurit nahas helikopter dikenal pasti berasal dari Sarawak

Oleh ABDULLAH HAMID

Seramai tiga orang perajurit wanita dikatakan terkorban dalam kemalangan dua buah helikopter yang bertembung di udara dan jatuh di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada Selasa.

Mereka dikatakan berada di dalam salah satu daripada helikopter yang terlibat, iaitu HOM (M503-3) yang membawa tujuh orang krew.

Sebuah lagi helikopter yang dikenali sebagai Eurocopter AS555SN Fennec (M502-6) membawa tiga orang anggota krew, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa seramai 10 orang.

Pada masa ini, identiti mangsa perajurit wanita yang terlibat masih belum dikenal pasti, sementara tujuh mangsa yang lain telah disahkan oleh Angkatan Tentera Diraja Malaysia.

Namun, melalui satu gambar yang tersebar luas sebelum kejadian nahas, identiti tiga askar itu telah dikenal pasti sebagai PTI Felicia, PO Izzah, dan Cip Farah.

 Identiti salah seorang daripada perajurit nahas helikopter dikenal pasti berasal dari Sarawak

Selain itu, perkongsian gambar tersebut di Twitter (X) menunjukkan bahawa semua mangsa berada di dalam pesawat tersebut sebelum penerbangan bermula.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh orang ramai, salah seorang individu yang terlibat, PT Felicia, diyakini berasal dari Kuching, Sarawak.

Sebelum ini, negara dikejutkan dengan kejadian dua helikopter jatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut.

Kemalangan tragis yang menyebabkan 10 mangsa itu melibatkan helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia semasa mereka sedang menjalani latihan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia yang ke-90.

Dua buah helikopter yang terlibat, iaitu HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6), telah berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Dalam satu kenyataan, Tentera Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat HOM (M503-3) terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut dan pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Kesemua 10 orang yang terlibat turut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pihak bomba kini sedang berusaha keras untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di tempat kejadian nahas tersebut.

Baca:

Sepupu suami kepada pelakon Eyra Hazali ialah salah seorang mangsa tragedi helikopter bertembung

“Dapat pakwe orang putih, kau jadi…” – Maya Karin pegang anjing cetus provokasi

Bertembung sesama sendiri sebelum dua helikopter terhempas di Lumut