“Dapat pakwe orang putih, kau jadi…” – Maya Karin pegang anjing cetus provokasi

Oleh NURAIMAN

Pelakon, Maya Karin, menjadi tumpuan pengguna internet terutamanya peminatnya apabila dia berkongsi gambar bersama rakan lelaki, James Gutierrez, yang juga seorang penerbit dan pembuat filem semasa mereka berada di Los Angeles baru-baru ini.

Dalam gambar tersebut, Maya nampak memegang tali anjing kesayangan James dengan kapsyen ‘Day out in Los Angeles with @jamesg_champ and his babies’.

Seperti selalu, ruangan komen bagi pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam juga dipenuhi dengan komen yang menunjukkan kurangnya senang terhadap tindakan Maya.

“Maya, tu anjing tau.”

“Actually Malaysian people very sensitive about this…Sebab tu Islam melarang benda yang boleh mendatangkan fitnah walaupun anjing tu kita tak pegang… Sebab boleh mendatangkan fitnah.”

"Dapat pakwe orang putih, kau jadi..." - Maya Karin pegang anjing cetus provokasi

“Dapat pakwe orang putih, kau jadi bodoh.”

Walaupun ditegur, Maya menjawab dengan tenang, menjelaskan bahawa dia hanya memegang tali yang mengikat anjing-anjing itu.

Ada juga yang menyokong tindakan Maya dan berasa bahawa ia tidak menyalahi undang-undang Islam.

“Semua dah tahu, kita terpegang, dan memegang anjing pun, boleh disamak, ulang sekali lagi, boleh samak, tiada yang salah mengenai hal itu.”

Baca:

Bertembung sesama sendiri sebelum dua helikopter terhempas di Lumut

“Sebab kau bo*oh lah kerja tol”, warganet nasihat spesis biadab boleh buka Waze pilih ‘avoid toll’

Pernah berbelanja sejuta ringgit sebulan, tak sangka Cik B perlu melalui cabaran ini