“Sebab kau bo*oh lah kerja tol”, warganet nasihat spesis biadab boleh buka Waze pilih ‘avoid toll’

Oleh ADINDA

Rata-rata mengecam tindakan seorang lelaki tua yang memaki hamun pekerja tol termasuk mengeluarkan perkataan bodoh.

Antaranya, warganet menyarankan spesis biadab seperti lelaki yang berusia anggaran 60-an itu supaya buka saja Waze dan pilih ‘avoid toll’.

“Sedapnya mulut. Dia tu yang jadi pengguna bodoh takpe pulak. Kalau miskin, tak payah masuk tol la acik.

“Bukak waze pilih avoid toll. Guna highway pun menyusahkan orang,” komen pengguna X, @anshrq.

Terdahulu, Azfa Mierul memuat naik video dan tangkap layar kejadian yang berlaku di plaza tol Lebuh Raya Duke Segambut itu.

Sebab kau booh lah kerja tol warganet nasihat spesis biadab boleh buka Waze pilih avoid toll

Lelaki berkenaan dikatakan berang kerana bakinya kurang sehingga mendapat kecaman orang ramai.

Menurut kisah yang diceritakan adiknya, ketika kejadian, pemandu kereta jenis Honda Civic itu tidak dapat melepasi tol kerana baki kad Touch n’ Go miliknya kurang.

Kemudian, lelaki tersebut memberikan wang tunai sebelum ditolak oleh pekerja tol kerana pembayaran hanya diterima melalui kad debit atau Touch n’ Go sahaja.

“Kemudian adik saya (pekerja tol) tanya dia (pemandu Honda Civic) ada kad bank tak, dan dia kata ada. Adik saya minta dia untuk undur dan masuk lorong tiga.

“Pemandu berkenaan undur. Dan berhenti lama bagi ‘double signal’.

“Tak lama lepas tu dia masuk balik lorong satu dan mula maki hamun adik saya dengan persoalkan buat kerja apa je, tuduh makan gaji butalah. Siap panggil dia kurang bijaklah.

“Siap kata nak lempang adik saya sebab katanya hari-hari dia kerja lempang orang.

“Bila adik keluar telefon nak rakam dia maki hamun barulah dia nak perlahankan suara,” ceritanya.

Selain kecaman terhadap pemandu Honda Civic itu, netizen turut menasihati pekerja tol berkenaan untuk terus bersabar dalam berdepan pelbagai ragam pengguna jalan raya.

“Beritahu adik awak yang dia kuat. Selagi mencari rezeki yang halal, tiada pekerjaan dalam dunia yang hina untuk dia. Banyakkan bersabar dik.

“Aku kerja tol selalu dah kena begini. Tak semua pengguna jalan raya bijak. Ramai spesies macam ni, selalu rasa diri mereka terpaling bagus.

“Wah dia kerja apa hari-hari lempang orang. Sedap-sedap je nak hina pekerjaan orang. Apa pun adik abang terbaik, susah nak jumpa orang yang ‘cool’ zaman sekarang ni,” demikian antara komen netizen.

Baca:

Pernah berbelanja sejuta ringgit sebulan, tak sangka Cik B perlu melalui cabaran ini

“Tengok pun tahu guna tangan kiri” – Boleh pula pesara guru ini reka-reka cerita

Ini 5 kereta yang orang perempuan tak sesuai pakai