Bertembung sesama sendiri sebelum dua helikopter terhempas di Lumut

Oleh AHMAD ISMAIL

Satu insiden yang mengejutkan apabila kejadian helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada hari ini.

Terdapat laporan bahawa helikopter tersebut adalah milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dalam rakaman video yang tersebar, kira-kira tujuh buah helikopter sedang terbang di ruang udara dalam satu bentuk formasi.

Namun, dipercayai dua daripada 7 buah helikopter itu bertembung di bahagian ekor sebelum dirakam terhempas.

Rakaman tersebut juga menunjukkan serpihan helikopter yang terjatuh di lokasi rakaman.

Bertembung sesama sendiri sebelum dua helikopter terhempas di Lumut

Tentera Diraja Malaysia memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa kejadian pertembungan helikopter itu berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

“Kedua-dua helikopter jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi,

“Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

Dikatakan, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas tersebut.

Katanya, pihak bomba sedang giat melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di lokasi nahas.

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian.

Baca:

“Sebab kau bo*oh lah kerja tol”, warganet nasihat spesis biadab boleh buka Waze pilih ‘avoid toll’

Pernah berbelanja sejuta ringgit sebulan, tak sangka Cik B perlu melalui cabaran ini

“Tengok pun tahu guna tangan kiri” – Boleh pula pesara guru ini reka-reka cerita