Serba salah nak ketawa, gelagat kembar ini gelakkan ‘member’ nak menangis menghiburkan

Oleh ADINDA

Pasangan kembar comel ini menarik perhatian netizen apabila dilihat memiliki perwatakan berbeza.

Lazimnya, jika seorang menangis, satu lagi akan pun turut sama menangis. Itu baru sedikit kerenah anak kembar, belum lagi ragam yang lain.

Namun, menerusi video yang tular di media sosial, lain pula kejadiannya.

Serba salah nak ketawa gelagat kembar ini gelakkan member nak menangis menghiburkan

Jelas kelihatan, seorang nampaknya mudah terhibur manakala kembarnya pula dilihat jenis mudah sentap.

Menariknya, si kembar yang mudah terhibur itu seolah-olah serba salah untuk meneruskan ketawanya.

Reaksi itu dapat dikesan apabila dia memberhentikan seketika ketawanya sejurus diperhati ‘tajam’ oleh kembarnya.

“Kesian kawan tu nak ketawa tak boleh…

“Alaaa…serba salah pulak dia!

“Aku nangis kenapa kau ketawa pulak?” demikian komentar warga maya.

Baca:

Senyap-senyap kahwin lain antara sebab individu tidak mahu daftar PADU

Malaysia masih sanjung rumput lembu, TMJ tegur pihak berwajib

Lelaki maut, kereta rempuh treler