Senyap-senyap kahwin lain antara sebab individu tidak mahu daftar PADU

Oleh NUR KASIH

Pada 31 Mac ini, adalah tarikh akhir bagi rakyat Malaysia untuk mengemaskini Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) sebelum bantuan bersasar mula diberikan pada 1 April akan datang.

Ramai netizen di media sosial masih enggan untuk mengisi sistem tersebut kerana risau bahawa maklumat peribadi mereka akan disalahgunakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Namun, situasi berbeza bagi seorang peniaga di Temerloh, Pahang.

Senyap senyap kahwin lain antara sebab individu tidak mahu daftar PADU

Beliau enggan menggunakan sistem tersebut kerana risau akan didedahkan kerana telah berkahwin dua kali.

Peguam, Ahmad Nizam Hamid, berkongsi kisah ini melalui satu hantaran di Facebook beliau.

Beliau menceritakan bahawa seorang rakan perniagaannya yang berusia dalam lingkungan 50-an telah berkahwin kali kedua dengan salah seorang pekerjanya secara rahsia sejak tiga tahun yang lalu.

“Dia kahwin senyap-senyap di Perlis atau Terengganu, saya tak ingat.

“Sebab antara dua negeri itu kalau kahwin dua, tak perlu minta izin isteri pertama.

“Dia takut nak isi nama isteri kedua dalam Padu sebab takut isteri pertama dia tahu,” katanya kepada Malaysiakini.

Walau bagaimanapun, Ahmad Nizam tidak mahu terlibat dalam perkara rumah tangga yang rumit milik kawannya itu.

“Saya hanya mampu menjawab yang saya tidak ada jawapan.

“Tak tahu nak berikan pendapat dan tak boleh nak nasihat apa-apa dalam bab ini tentunya dengan ketawa kecil,” memetik katanya di Facebook.

Dalam jarak usia sebanyak 20 tahun, ahli perniagaan tersebut telah dikurniakan dua anak daripada perkahwinan kedua.

Manakala dengan isteri pertamanya yang berusia 40-an, beliau mempunyai empat orang anak.

Isteri kedua ahli perniagaan itu tinggal dan bekerja di daerah yang sama di Temerloh, Pahang.

Tetapi, isteri pertamanya tidak pernah menyedari tentang kehadiran madunya, walaupun mereka tinggal di daerah yang sama.

Pada awalnya, Ketua Pengurusan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menyatakan bahawa PADU telah menunjukkan standard keselamatan data yang tinggi selepas beroperasi selama hampir 100 hari tanpa sebarang gangguan.

Keadaan tersebut memberi keyakinan kepada lebih ramai penduduk Malaysia untuk mendaftar dalam sistem tersebut.

“Kita telah berjaya meyakinkan orang ramai mengenai isu-isu keselamatan. Kita telah nyatakan sistem ini dibina sebegitu rupa sehingga berjaya menghasilkan satu sistem yang bergerak kukuh selama 84 hari kita beroperasi tanpa ada gangguan.

“Kita berjaya tunjukkan keselamatan data suatu perkara yang utama dan tidak berlaku kebocoran maklumat. Kita tekankan sistem ini dibangunkan oleh penjawat awam.

“Kita bersama Jabatan Digital dan pelbagai pihak dalam aspek keselamatan (siber/data) yang membolehkan sistem ini menjadi penanda aras baharu untuk penjawat awam dan negara,” petik Berita Harian.

Baca:

Puluhan tahun hidup sebatang kara, tak sangka jumlah wang disimpan pengemis ini buat mata terbeliak

Masalah air lenyap lagi 4 tahun, ini usaha kerajaan negeri Kelantan termasuk minta PM Anwar tolong

Harga hampir RM400,000 tapi Sanusi anggap tak mahal sangat pun – Netizen banding dengan kereta MB Selangor guna