Harga hampir RM400,000 tapi Sanusi anggap tak mahal sangat pun – Netizen banding dengan kereta MB Selangor guna

Oleh NUR KASIH

Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bahawa Hyundai Palisade sebagai ‘kereta biasa’ bukannya jenis kereta mewah mengejutkan orang ramai.

Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri terus menjadi kecaman warga maya selepas dia mengaku membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) buatan Korea Selatan itu.

Padahal, harga jualan Hyundai Palisade di negara ini mencecah hampir RM 400,000 seunit dengan lapan jenis warna dan empat varian.

Harga hampir RM400,000 tapi Sanusi anggap tak mahal sangat pun - Netizen banding dengan kereta MB Selangor guna

Susulan itu, netizen turut membandingkan kereta Camry yang digunakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan semakan mendapati harga kenderaan itu sekitar RM 219,800 itu.

“Camry lagi murah. Elok je negeri paling maju pakai,” kata seorang pengguna TikTok di platfom rasmi Pusat Khidmat ADUN Jeneri.

Pemimpin Pas itu menarik perhatian orang ramai apabila turut berkata boleh beli dua unit Hyundai Palisade.

“Bukan beli kereta mewah-mewah. Kereta biasa je.

“Kalau saya nak beli sendiri pun saya ada duit, saya boleh beli. Dua biji saya boleh beli. Tak mahal sangat pun.

“Tapi kerajaan beli, saya naiklah,” katanya sambil tergelak dalam ucapannya yang dikongsi di TikTok.

Sebelum ini, warganet heboh memperkatakan tentang Hyundai Palisade yang digunakan Sanusi dengan nombor pendaftaran KCX8.

Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, dua kereta yang digunakannya sejak tahun 2020 kerap rosak dan sudah tidak ekonomik lagi.

“Sejak saya jadi Menteri Besar, saya pakai kereta yang dibeli oleh Ustaz Azizan tahun 2012 dan kereta yang dibeli oleh Mukhriz tahun 2014 kot… Mercedes.

“Mercedes ni bila sampai satu peringkat dia tidak ekonomik lagi tapi kita baiki juga pasal nampak macam elok

“Absober pun mahal. Sekali repair, RM40,000 – RM50,000. Jadi, tak ekonomik untuk kita gasak dia,” kata Sanusi lagi dalam klip video yang dimuat naik di akaun TikTok beliau.

Baca:

Ibu dedah ada kesan merah di leher, guru lima anak miang luah rasa cinta kepada pelajar sendiri

Elak kena kompaun, jangan buat kesalahan ini menjelang perayaan Aidilfitri

Cuba 6 tips ini untuk bijak berbelanja, nombor 3 tu kalau berlebihan pun duit boleh banyak ‘terbang’