Muktamad! Tiada lagi Kak Lina, Kepom atau Elly Mazlein dalam GV10, sedihnya baca komen akhir tuan badan

Oleh NURAIMAN

Pengacara, Elly Mazlein, telah memberikan penjelasan mengenai keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai hos dalam rancangan All Stars Gegar Vaganza yang telah mengejutkan peminat program tersebut.

Elly menjelaskan bahawa keputusan ini adalah hasil daripada kehendak peribadinya, dan bukannya suatu gimik seperti yang disangkakan oleh ramai pihak.

“Ini semua bukan salah Astro, ini semua bukan gimik seperti Nabil Ahmad cakap.

“Inilah kenyataan dimana Kepom sudah pun tinggalkan GV buat selama-lamanya. Ya…tiada lagi…cukup.

“Ini semua keputusan dari Kepom sendiri. Teruskan menyokong kesayangan Kepom yang sedang bertanding dalam GV10 ini ya.

“Untuk bintang-bintang GV10, Kepom akan sentiasa menyokong kalian. Buat sehabis baik ya,” tulisnya di Instastory.

Semalam, Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, telah mengumumkan pengunduran pengacara dari program tersebut dalam satu kenyataan rasmi.

Raqim, dalam kenyataan yang sama, menyatakan bahawa keputusan ini dibuat atas sebab-sebab peribadi dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, iaitu pengacara dan Astro.

Perkembangan ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, termasuk rakan sekerja pengacara program yang sama, Nabil Ahmad, yang mengaku terkejut dengan pengumuman tersebut.

Sementara itu, Elly telah menafikan dakwaan segelintir individu yang mendakwa bahawa dia sedang hamil.

“Kepom tak mengandung, kepom dan suami baik-baik sahaja, Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

Baca:

Remaja diperdaya RM283,000, ibu bapa diugut RM300,000, awas lain macam ‘scammer’ sekarang

Bapa ramai anak ini tergamak sebut “baik santau PMX”, netizen terkejut anggap melampau

MYAirline dah gantung operasi, ramai pelanggan terkejut, ini cara elak duit tempahan lesap