Mengejutkan lirik lagu ‘Cari-Cari Salah’, bikin panas golongan penunggang agama

Oleh ARIF ABDULLAH

Tular sedutan lagu dangdut berjudul ‘Cari-Cari Salah’ nyanyian Novita All yang dilihat menyindir golongan penunggang agama.

Menerusi video muzik terbitan Babyshima Entertainment itu, Novita bersama empat penari selamba mengkritik sikap mereka yang memakai “baju labuh janggut berjela”.

Menarik perhatian warganet apabila terselit ungkapan “wala wala walaun…” dengan mengkritik perangai pihak yang menganggap diri dijamin ahli syurga.

Lirik lagu itu dilihat kena dengan sikap penyokong pembangkang yang biasanya digelar walaun.

Rata-rata warganet berseloroh mengatakan untunglah walaun sekarang sudah ada lagu mereka yang dianggap sesuai dinyanyikan semasa karaoke.

Mengejutkan lirik lagu 'Cari-Cari Salah', bikin panas golongan penunggang agama

Sindiran itu dipercayai merujuk pada hobi seorang pemimpin parti bermodalkan agama yang selamba berkaraoke dengan perempuan muda ajnabi sehingga larut malam.

Berikut antara bait lirik lagu rancak ini:

Tiada yang berani membantah
takut engkau keluar fatwa
kena hukum masuk neraka
kau sorang masuk surga.

Orang lain tunggang kuda
kau pilih tunggang agama
orang kerja macam gila
kau jadi kaya raya.

Hari-hari keluar cerita
aurat jaga aurat jaga
tapi kau sendiri mata buaya
pantang lihat wanita muda.

Baca:

Budak lain tengok kartun dalam YouTube, dia layan kisah hidup jutawan dan bilionaire

Selepas ‘meteorit’, jenama ini reka beg tangan 99% udara, ramai anggap Air Swipe Bag mengarut

Tak sampai sehari dah layu? Ini teknik yang betul simpan daun pudina