Kami tak ada benci atau suka satu sama lain”-Jovian bercerai dengan anak Ismail Sabri

Oleh NURAIMAN

Datuk Jovian Mandagie, pereka fesyen terkemuka, baru-baru ini mengumumkan bahawa dia dan isterinya, Datin Nina Ismail Sabri, telah bercerai selepas 10 tahun hidup bersama.

Pengumuman dibuat melalui Instagram pada bulan Ogos lalu, menegaskan keputusan bersama untuk berpisah secara baik.

Jovian, 37 tahun, menyatakan bahawa mereka akan terus bersahabat dan bekerja sebagai ‘co-parents’ untuk puteri mereka, Jeanelle Nika Mandagie, yang kini berusia 6 tahun.

“Ada perkahwinan yang istimewa, dirancang untuk kekal sepanjang hayat. Perkahwinan kami khas kerana ia berubah menjadi persahabatan abadi.

Pada bulan Ogos, kami sepakat mengakhiri perkahwinan 10 tahun kami atas sebab-sebab terbaik.

Kebahagiaan Jeanelle tetap menjadi keutamaan kami, dan setakat ini, kami berdua berjaya menjalankan tanggungjwab, Alhamdulillah.

Kasih sayang kepada keluarga tetap tidak berubah. Kami yakin pada rancangan Allah.

Kami bersiaran langsung di TikTok dan gembira dengan komen positif. Kami rasa perlu kongsikan ini. Walaupun berita ini mengejutkan, kami berdua baik sahaja.

Apa yang anda lihat di media sosial kami adalah kenyataan. Selepas hampir satu dekad, kami tidak benci atau rasa tidak suka satu sama lain. “

Pasangan ini, yang berkahwin pada 14 Disember 2013, melahirkan seorang anak perempuan pada 1 November 2017.

Jovian turut mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa orang ramai.

Meskipun berpisah, dia menekankan komitmen untuk menjalani peranan sebagai ibu bapa dengan baik.

Semoga kedua belah pihak dapat menemui kedamaian dan kebahagiaan dalam perjalanan hidup masing-masing.

Baca:

Kerana seekor burung, jet pejuang Korea Selatan ditamatkan khidmat, kos baiki hampir RM500 juta

Sempat hantar video kepada keluarga, wajah pendaki wanita ini penuh debu dan sesak nafas sebelum rebah

Nak tukar eMADANI ke duit tunai, MOF ingatkan jangan mudah sangat kena tipu