Kerana seekor burung, jet pejuang Korea Selatan ditamatkan khidmat, kos baiki hampir RM500 juta

Oleh AHMAD ISMAIL

Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa menghentikan penggunaan sebuah pesawat pejuang F-35A milik mereka kerana ia mengalami kerosakan akibat perlanggaran dengan seekor burung pada bulan Januari tahun lepas.

Berdasarkan laporan agensi berita Yonhap, Angkatan Udara Republik Korea (ROKAF) dan Lockheed Martin, pembuat pesawat tempur generasi kelima, telah menganalisis bahawa sekitar 300 bahagian pesawat mengalami kerosakan disebabkan insiden perlanggaran dengan burung pada bulan Januari 2022.

Kerosakan-kerosakan tersebut melibatkan bahagian airframe, struktur, enjin, dan sistem kawalan dan navigasi.

“Memandangkan kosnya yang tinggi dan tempoh yang panjang untuk memperbaikinya serta kebimbangan tentang keselamatan,maka Jawatankuasa Penilaian Tentera Udara Korea Selatan memutuskan adalah lebih baik untuk menamatkan perkhidmatan pesawat itu daripada memperbaikinya.”

“Rancangan itu (menamatkan khidmat F-35A) itu akan dilaksanakan dengan kelulusan daripada Kementerian Pertahanan,” menurut ROKAF dan menambah ia tidak menyangka bahawa kerosakan dialami oleh pesawat itu adalah lebih teruk daripada disangka.

Kos untuk membaiki pesawat pejuang itu dijangka mencapai kira-kira 140 bilion Won atau sekitar US$107.6 juta (RM481 juta).

Kos untuk membaiki pesawat tersebut lebih mahal daripada harga pesawat yang dibeli dari Amerika Syarikat, iaitu sebanyak 110 bilion Won atau US$85 juta (RM382 juta).

“Disebabkan jurang kewangan di antara kos pembaikan dan kos perolehan itu, maka Tentera Udara Korea Selatan berpendapat adalah lebih baik untuk menamatkan/melupuskan perkhidmatan pesawat pejuang generasi kelima itu.”

Pesawat pejuang F-35A yang malang itu merupakan salah satu daripada 40 pesawat pejuang generasi kelima yang dimiliki oleh TUDM, yang menggunakan landasan konvensional untuk berlepas dan mendarat.

Menghadapi ancaman yang semakin meningkat daripada peluru berpandu balistik nuklear dan provokasi berterusan dari Pyongyang, kerajaan Korea Selatan telah memutuskan untuk menambah 20 lagi pesawat pejuang generasi kelima, F-35A, untuk tentera udaranya, ROKAF.

Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) mengumumkan bahawa mereka akan meneliti cara terbaik untuk terus memanfaatkan pesawat pejuang generasi kelima tersebut, termasuk menjadikannya sebagai bahan pembelajaran untuk juruteknik dan ahli teknikal.

Pada 4 Januari 2022, berlaku satu kejadian di mana pesawat pejuang terbabas dan bertembung dengan seekor burung helang.

Berat burung tersebut dianggarkan kira-kira 10kg ketika pesawat berada pada ketinggian 330 meter. Kejadian ini berlaku tidak lama selepas pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Cheongju di utara Chungcheong.

Burung helang telah terhisap ke dalam bahagian penyerapan udara di sebelah kiri enjin pesawat, menyebabkan kerosakan kepada sistem hidrolik dan sistem pendawaian yang sangat penting untuk kuasa dan pendaratan pesawat tersebut.

Pesawat F-35A milik ROKAF terpaksa membuat pendaratan darurat tanpa menggunakan sistem pendaratnya di pangkalan udara Seosan di utara Chungcheong.

Baca:

‘Tak serik-serik, jangan haraplah dapat balik duit tu’ – Peguam ini dedah lagi kes pelaburan bulan dan bintang

Lampu kelip-kelip macam Hari Raya, baju Nana imbas nostalgia gaya Ramlah Ram

Geran RM20,000 untuk anak muda, tanam padi 5 musim antara inisiatif setahun menteri KPKM