DIY sendiri roti john inti selambak di rumah, baru lah puas hati makan!

Oleh ARIF ABDULLAH

Roti John ini adalah salah satu hidangan yang sangat dicari ketika bulan puasa dan banyak dijual di Bazar Ramadan.

Tetapi banyak juga yang tidak suka pergi ke sana kerana sesak dan beratur panjang.

Jadi sebagai alternatif bagi yang tidak mahu membeli di bazar, kita boleh membuat sendiri! Ya, memang boleh buat sendiri! Cara untuk membuatnya akan dikongsi oleh Chinta Eyja.

DIY sendiri roti john inti selambak di rumah, baru lah puas hati makan!

Yang menariknya, tidak perlu susah-susah mencari roti khas yang digunakan oleh peniaga, sebaliknya kita boleh menggunakan roti frankfurter biasa.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

• Bawang merah -potong dadu
• Bawang putih- potong dadu
• Rempah kari (Campur air)
• Daging atau ayam cincang atau daging burger
• Sosej -potong
• Garam
• Lada Sulah
• Daun sup/bawang -dihiris
• Telur
• Roti frankfurter
• Mentega

Cara membuat:

1. Untuk membuat inti roti john, tumiskan bawang merah dan bawang putih dahulu, kemudian tambahkan rempah kari, daging cincang, sosej, garam, dan lada secukup rasa. Anda boleh menggantungkan kuantiti bahan ikut citarasa anda. Setelah masak, alihkan daripada kuali.

2. Pecahkan telur dalam mangkuk, campurkan bersama daun sup atau daun bawang. Gaul rata.

3. Campurkan inti yang telah dimasak tadi ke dalam adunan telur. Gaul rata.

4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti, jangan sampai putus dan sapukan mentega. Terus tekap atas kuali. Ketepikan sekejap.

5. Panaskan sedikit mentega dalam kuali yang sama, kemudian tuangkan campuran telur bersama isi itu.

6. Tekap roti di atasnya.

7. Terbalikkan.

8. Inilah yang sudah siap dikap dengan isinya tadi.

9. Letakkan mayonis, sos cili. Jika ingin, boleh tambahkan timun atau salad.

10. Lipat roti dan potong.

Semoga berjaya!

Baca:

Nasib terbela! Pembunuh 23 penghuni tahfiz kekal dalam ‘lokap’

Ini nasib lesen operasi syarikat edar stoking kalimah Allah, ramai puji tindakan tegas kerajaan

Petua simpan tauhu supaya tahan lebih lama dalam peti ais