Pulut bakar juadah berbuka hanya perlukan 6 bahan ini, bau semerbak sudah bukan rahsia lagi

Oleh ADINDA

Kuih tradisi pulut bakar yang sohor di sekitar Besut dan Kelantan semasa bulan Ramadan rupanya hanya perlukan 6 bahan saja.

Bau semerbak wangi daripada cengkih dan santan itulah sebenarnya membangkitkan selera untuk menikmati juadah ini.

Peniaga, Wan Asmanira Wan Awang, 46, yang sudah menjual pulut bakar hampir 20 tahun ada berkongsikan resepi hidangan istimewa lagi sedap itu.

Pulut bakar juadah berbuka hanya perlukan 6 bahan ini, bau semerbak sudah bukan rahsia lagi

Bahan-bahan:

  • Pulut
  • Santan
  • Bunga cengkih
  • Gula
  • Daun pisang
  • Sedikit garam.

Cara memasak:

1. Selepas dibasuh, pulut dikukus bersama bunga cengkih bagi membangkitkan bau wangi daripada cengkih.

2. Sebaik siap dikukus, pulut itu dicampurkan bersama gula, sedikit garam serta santan dan dimasak sehingga semua bahan sebati.

3. Apabila siap, pulut disejukkan terlebih dahulu sebelum dibungkus dengan daun pisang dalam bentuk bulat.

Menurut Wan Asmanira, bunga cengkih adalah bahan wajib yang perlu ada kerana ia menjadi ‘trade mark’ pulut bakar.

Jelasnya, setiap pulut bakar dijual dengan harga RM2 sebiji manakala RM5 untuk tiga biji.

“Selain pulut bakar, saya turut menjual pulut lepa atau pulut panggang yang mempunyai tiga inti iaitu ikan, ayam dan daging.

“Pulut lepa berinti ikan dijual dengan harga RM1 sebiji (RM5 untuk enam biji) manakala pulut lepa berinti daging dan ayam pula dijual dengan harga RM1.50 sebiji (RM4 untuk tiga biji).

“Selain berniaga di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa, saya turut berniaga di pasar minggu di sekitar Besut dengan menjual hidangan yang sama,” tambahnya lagi.

Baca:

Waris guna duit pampasan bina masjid, simbol penghormatan kepada mangsa MH17

Waktu bersahur tanpa baca doa ini amat rugi, macam lepas peluang keberkatan Ramadan

Tips naik bas supaya perjalanan jauh lebih selesa, no 3 paling penting