Aksi wanita ini makan kuetiau sup mengejutkan tapi tidak bagi geng sambal lebih

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seorang wanita selamba menghabiskan semangkuk sambal yang dicampur dalam kuetiau sup sehingga mengejutkan netizen.

Rakaman aksi yang dilihat berlaku di sebuah kedai makan itu tular sehingga mengundang pelbagai komentar berbaur lucu.

Menerusi video yang sudah meraih lebih 10,000 tontonan itu, kedengaran dia yang ditemani seorang lelaki sedang berbual mesra dengan pemilik premis.

Rata-rata menganggap tindakan wanita berbaju merah itu akan mengakibatkan perut dia meragam sehingga kerap masuk ke tandas.

Malah, ada yang secara berseloroh menyarankan lebih baik wanita berkenaan pesan kuetiau tanpa sup sahaja.

Aksi wanita ini makan kuetiau sup mengejutkan tapi tidak bagi geng sambal lebih

Terdapat juga ‘cadangan’ supaya dia ratah saja sambal itu selain berpendapat sambal yang dituang itu jenis daripada cili yang tidak pedas.

“Ada geng sambal lebih… lepas tu mengulanglah ke tandas… hahah.

“Baik order kuetiau sambal tak payah sup.

“Sambal tak pedas bolehlah.

“Sup tu tak payah bubuh, letak cili tu saja…

“Saja tunjuk hebat orang macam ni,” demikian antara komentar warga maya.

Baca:

Budak lain tengok kartun dalam YouTube, dia layan kisah hidup jutawan dan bilionaire

Selepas ‘meteorit’, jenama ini reka beg tangan 99% udara, ramai anggap Air Swipe Bag mengarut

Tak sampai sehari dah layu? Ini teknik yang betul simpan daun pudina