Warga maya geram tengok realiti sebenar peniaga buang air balang tak terjual dalam longkang

Oleh ABDULLAH HAMID

Apabila bulan Ramadan tiba, satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang ialah bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang menarik untuk dijual kepada orang ramai.

Tetapi, kita tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa setiap kali Ramadan menjelang, isu pembaziran makanan atau minuman kerap timbul kerana terdapat lebihan makanan dan minuman yang tidak terjual.

Baru-baru ini, satu perkongsian di platform TikTok @studiokayangan telah menjadi viral, memperlihatkan realiti yang dihadapi oleh beberapa peniaga bazar selepas mereka selesai berjual beli di sekitar Putrajaya.

Warga maya geram tengok realiti sebenar peniaga buang air balang tak terjual dalam longkang

Melalui video itu, kita dapat melihat beberapa penjual air balang membuang minuman yang tidak terjual ke dalam tong besar berwarna hitam.

Ada juga balang yang kelihatan penuh dan tidak terusik sama sekali.

Malah, tong besar berwarna hitam yang disediakan dalam jumlah yang banyak juga dipenuhi dengan air yang dibuang.

Kemudian, air minuman yang terkumpul dalam tong tersebut diambil oleh lori Alam Flora untuk memastikan semua sisa minuman dibersihkan.

Walau bagaimanapun, perkongsian ini telah menarik perhatian ramai setelah dimuat naik semula di laman X @bckuppacc99, di mana sesetengah netizen mempersoalkan mengapa peniaga tidak sedekahkan lebihan mereka kepada masyarakat setempat.

Pendapat tersebut disokong oleh sesetengah netizen yang menganggapnya sebagai pembaziran dan lebih baik disalurkan kepada para jemaah di masjid atau pengunjung bazar yang lain.

Namun, beberapa peniaga bazar mengatakan bahawa semua sumbangan sedekah kepada orang ramai akan mengambil kos pembungkusan seperti plastik atau cawan plastik.

Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa sedekah perlu diberikan dalam keadaan terbaik dan perlu memperhatikan tahap keselamatan minuman yang mempunyai jangka hayat singkat seperti jus buah atau susu yang sudah dicampur.

Pengambilan minuman yang tidak berkualiti tersebut juga boleh meningkatkan risiko kesihatan perut yang berbahaya.

@studiokayangan Agk2 berapa byk jualan kt bazar yg tak habis, dibuang?? #kitarsemula #festivalramadanputrajaya2024 #pembersihanbazar #alamflora ♬ Ramadan – Lux-Inspira

Baca:

“Saya terkilan..” – 2 tahun berlalu, Dayang selesai rakam lagu terakhir Rudy Imran

Harris Annuar tak kenal isteri selepas keluar bilik bedah buat netizen terhibur!

Resipi parfait yogurt kurma juadah berbuka yang menyelerakan, mudah dan sekejap saja nak buat