visitor activity monitorweb stats

UMNO tarik diri dari PN, apa kesannya?

Oleh ADIBA SHAROM

Awal pagi ini, jam 1 pagi, Umno memutuskan menarik diri dari Perikatan Nasional (PN) berkuatkuasa serta merta.

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu diambil selepas memperhalusi dan mempertimbangkan garis panduan utama oleh Majlis Tertinggi pada 11 Mac 2020 ketika Umno memberi sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sidang Media oleh Presiden UMNO yang mengumumkan menarik sokongan daripada Perikatan Nasional dan meminta Perdana Menteri berundur secara terhormat

Katanya, antara garis panduan itu adalah kerajaan harus segera menangani kelembapan ekonomi dan melakarkan pelan tindakan berkesan menangani pandemik Covid-19.

“Selepas diperhalusi garis panduan Umno sebagai syarat memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah gagal dipenuhi dan memuaskan.

“Bagi memenuhi mandat sebulat suara perwakilan Perhimpunan Agung Umno 2020, dan berpandukan tujuh kegagalan yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Muhyiddin ditarik balik dan ditamatkan serta merta.

Apa kesan pengumuman UMNO menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin?

1. Kerajaan ini tidak jatuh selagi 35 Ahli Parlimen Barisan Nasional kekal menyokong Perdana Menteri seperti yang mereka ikrarkan.

35 orang ini telah berikrar menyokong Perdana Menteri sehingga habis penggal dan menuntut Timbalan Perdana Menteri. Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri.

2. Semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang bukan Ahli Parlimen perlu meninggalkan semua jawatan mereka dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sebagai menghormati keputusan MKT.

Infografik IDE: Kedudukan Kerusi Parlimen Malaysia selepas UMNO istihar keluar daripada daripada Kerajaan Perikatan Nasional dan sokongan kepada TSMY selaku PM ditarik balik dan ditamatkan serta-merta.

Jelas permainan dikalangan politikus ini belum berakhir.