‘Trending’ nama Faisal Halim, ini 12 fakta penjaring gol kecil-kecil cili padi

Oleh ADINDA

Nama Faisal Halim menjadi sebutan orang ramai sehingga ‘trending’ di laman X selepas menjaringkan gol pertama skuad negara semasa menentang Korea Selatan dalam Piala Asia, 25 Januari lalu.

Klip video di padang yang memaparkan Faisal sedang berbual seketika dengan bintang sensasi Korea Selatan, Son Heung Min tular dan menarik perhatian rakyat Malaysia.

Ketara pemain sayap negara bertubuh kecil itu bukan calang-calang pemain ibarat kecil-kecil cili padi.

'Trending' nama Faisal Halim, ini 12 fakta penjaring gol kecil-kecil cili padi

Ini 12 fakta menarik penjaring gol antara tercantik Piala Asia yang wajar menjadi inspirasi anak muda untuk memajukan sukan bola sepak tanah air:

Berusia 26 tahun, lahir pada 7 Januari 1998 dan berasal dari Mengkuang Titi Seberang Perai Pulau Pinang.

Dipanggil Mickey dan berketinggian hanya 1.58 meter.

Pemain Harimau Malaya sebagai penyerang untuk kelab Liga Super Malaysia Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Kejayaannya menjaringkan gol ketika berdepan Korea Selatan pada 25 Januari lalu disifatkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai satu keajaiban.

Tonggak sayap skuad kebangsaan itu menjaringkan gol pertama skuad negara pada minit ke-51.

Menariknya, gol itu dikategorikan antara jaringan tercantik perlawanan selepas Faisal berjaya ‘menipu’ beberapa pertahanan Korea termasuk pemain yang beraksi bersama Bayern Munich, Kim Min-jae sebelum menjaringkan gol.

Faisal mengakui gol cantik yang dijaringkannya hingga mengelirukan penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon-woo pernah dilakukannya ketika mewakili pasukan belia Pulau Pinang pada 2015 lalu.

Mulanya Faisal menyertai Soccer Kids dan seterusnya menyertai program realiti Mencari Ramli sebelum menyarung jersi sebagai pemain bolasepak penang U-19.

Memulakan karier dengan menyarung jersi Penang U-19 pada 2015 dan dalam tahun sama diserap ke skuad senior Penang FC kerana kelincahannya beraksi.

Mickey kemudiannya bersama pasukan Sri Pahang pada November 2015 dan membantu pasukan memenangi Piala FA Malaysia 2018.

Pada 6 Disember 2020, Faisal menandatangani kontrak dua tahun dengan Terengganu dan menyarung nombor 7 dalam musim 2021. Beliau menjaringkan gol pertamanya menentang Perak dalam kemenangan 2–0 di Stadium Ipoh.

Pada 22 Disember 2022, pengumuman dibuat bahawa Faisal telah berpindah ke Selangor dalam pertukaran bebas. Dia menjaringkan gol pertamanya saat menentang KL City menerusi sepakan penalti.

Baca:

Masak sotong ‘confirm’ tak liat kalau ikut cara ini memang menjadi

Individu dedah kenapa tak dipos kek tapak kuda, rupanya sebab ini

Goreng dulu, cara buat kari ayam kuah pekat dan sedap tak boleh bawa bincang