visitor activity monitorweb stats

Timun pun boleh potong-potong jadi buah, gelagat lelaki ini bersembang menghiburkan

Oleh FATIN AQILAH

Siapa sangka di India, timun pun boleh dijual jadi potongan buah macam mangga pula kalau di Malaysia.

Malah, hirisan timun yang ‘menyelerakan’ itu kelihatan ditaruh mungkin serbuk asam.

Perkara unik itu dikongsikan pengguna Facebook, Fakhrul Aizat semasa kunjungannya di sebuah kawasan yang kelihatan sibuk di India baru-baru ini.

Tambah mencuit hati apabila Fakhrul selamba saja menggunakan loghat Perak dan ada ketika bercakap acah bahasa Hindustan kepada peniaga di jalanan itu semasa membuat rakaman video tersebut.

“Timun hey. Cucumber.

“Pecah duit pulak.

“Tengok… sempoi. Asam ye?

“Tambahlah lagi (asam). Kedekut beno,” katanya ketika peniaga itu menambah calitan serbuk asam pada potongan timun di tangan seorang pembeli.

Lucunya, sama ada peniaga mahupun pembeli di sekitar Fakhrul ketika itu tidak menghiraukannya yang menyampuk dan bertanya dalam bahasa Melayu.

Dalam masa sama, beliau juga menyebut bahawa peniaga di sana membalut potongan timun yang dijual dengan hanya menggunakan kertas akhbar.

“Balut dengan suratkhabo je yeob! Atey, senang je hah!” ujarnya bersahaja.

Seterusnya, beliau melihat urusan jual beli kepingan-kepingan timun itu yang diagaknya berjumlah 50 Rupee (kira-kira RM2.80) untuk tiga set potongan ‘buah’ itu.

Di hujung rakaman video itu pula, peniaga tersebut memandang ke arah kameranya sambil Fakhrul menyebut, “mantap” dan mengacukan ibu jari tanda bagus.

Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian Fakhrul mengenai timun yang dijual sebagai buah potong itu.

“Semua laku di sana. Barangkali jual biji getah pun di sini laku ni.

“Tak sior (ingin) nak beli. Mana mahunya makan macam tu je. Tawor (tawar).

“Abang punya borak dengan diorang tu dah macam dengan orang Bota (di Perak) je abang buat.

“Nanti dia balas “ate nak balut dengan apey wei? Plastik kat sini tak mandang,” demikian antara lelucon warganet.

Baca:

Bekas menantu Zainal Abidin dedah bekas suami pernah minta rakan tidurinya beramai-ramai

Kisah seram UITM, yang pernah tinggal di blok sama boleh sahkan- “Siapa pulak main seret-seret ni?”

Bawang lagi besar dari kepala, rupanya petani ini guna dua teknik hasilkan tuaian rekod dunia