visitor activity monitorweb stats

Tiada Pemalsuan Sijil Vaksinasi Dikesan di Sarawak?

Oleh ADIBA SHAROM

KUCHING: Polis Sarawak tidak mengesan sebarang aktiviti penjualan sijil vaksinasi COVID-19 palsu setakat ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata pihaknya sentiasa melakukan pemantauan rapi bagi membendung aktiviti terbabit.

Sehubungan itu, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis.

Beliau berkata, agak sukar bagi pihaknya mengesan kegiatan itu tanpa maklumat daripada orang ramai.

Baca:

“Justeru sesiapa yang ada maklumat mengenainya, lapor kepada polis secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan kes pusat perubatan menjual sijil vaksinasi COVID-19 palsu di empat negeri iaitu Selangor, Terengganu, Johor dan Kelantan

-BH ONLINE