Seronok beraya tapi jangan lupa habiskan perkara penting ini

Oleh AHMAD ISMAIL

Beraya memang seronok tetapi dalam ketika bergembira perkara paling penting sebelum menghembuskan nafas terakhir adalah melakukan qada’ solat.

Seorang TikTokers mengingatkan tentang kepentingan menggantikan solat fardu yang ditinggalkan sebelum ini.

Dia berkongsi pandangan dan nasihat seorang ustaz berkenaan pentingnya mengantikan sembahyang fardu.

Seronok beraya tapi jangan lupa habiskan perkara penting ini

“Saya pernah tanyakan soalan kepada seorang mutawif tentang soalan fardu yang kita tinggalkan dulu tak boleh ditampung dengan solat sunat.

“Jadi, kita kena ganti solat fardu itu.

“Dalam ayat 282, surah al-Baqarah, satu mukasurat itu hanya ada satu ayat saja hanya Allah mengingatkan tentang hutang dengan manusia yang mesti dibayar.

“Sedangkan dengan manusia pun kita kita kena selesaikan, inikan pula hutang dengan Allah.

“Kalau kita ada tertinggal solat, kita kena ganti tetapi tidaklah sampai tak pergi kerja, tak makan tak rehat sebab nak ganti solat tu,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau mengulang nasihat ustaz berkenaan cara mengerjakan qada’ solat.

“Selepas solat Zohor, kita buat satu lagi solat Zohor.

“Bila kita meninggal, soalan pertama yang ditanya adalah solat. Malah, ustaz tu cakap dia rasa dah habis dah qada solat-solat yang dia pernah tinggal,

“Kadang-kadang dia buat juga solat qada sebab ada juga sembahyang kita sebelum itu tidak lengkap,” tambahnya lagi.

@heynabil4

Doakan kitorang dapat habiskan Qada' solat

♬ Beautiful Moments – Musik Relaksasi ID

Baca:

Tidak terlambat lagi amal panduan 50/30/20, tidaklah hujung tahun pelik ke mana lesapnya duit

Pelakon minum air kencing lembu untuk kekal bertenaga?

Pernah rasa lemau, tak bermaya? Cuba mandian mujarab limau, terus rasa ‘fresh’