Selepas merayu pekerjaan, bapa 11 anak ini sekarang dah jadi model baju Melayu dan promosi jenama daging kambing perap

Oleh ARIF ABDULLAH

Selepas merayu pekerjaan dan mendedahkan dirinya yang lima tahun ditanggung isteri keduanya, penyanyi Adira, Datuk Red sekarang sudah boleh tersenyum bersyukur.

Pemilik nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu, 43, ini sudah ditawarkan menjadi model baju Melayu yang mempromosikan helaian digayakan serta pusat beli-belah berkenaan.

“Bismillah. Terima kasih kerana beri peluang dan beri kerja yang tidak disangka-sangka,” kongsinya menerusi hantaran video Instagram.

Selepas merayu pekerjaan, bapa 11 anak ini sekarang dah jadi model baju Melayu dan promosi jenama daging kambing perap

Bapa kepada 11 anak daripada tiga perkahwinan itu juga menerusi hantaran sama, turut meminta maaf kerana masih kekok beraksi dalam video promosi.

“Maaf, saya pertama kali jadi model. Terima kasih berkongsi rezeki dengan saya yang tidak seberapa ini,” ujarnya lagi.

Di TikTok, Datuk Red menunjukkan beberapa gayanya berbaju Melayu rona coklat cair lengkap bersongkok.

Sebelum itu, dia turut berkongsi detik kedatangannya di gedung berkenaan dengan menaiki motosikal kapcai.

Selain model baju Melayu, lelaki terbabit juga dilihat sudah memulakan kerja promosi bagi jenama daging kambing perap terkemuka.

Difahamkan, banyak tawaran lain diajukan kepada bekas ahli perniagaan yang diisytiharkan muflis pada tahun 2019 itu termasuk sebagai pelakon tambahan.

Baru-baru ini, Datuk Red secara terbuka mendedahkan sedang mencari pekerjaan bagi menyara keluarga dan melunaskan hutang.

Rupanya dia tidak dapat bekerja selama lima tahun sehingga mendedahkan kehidupannya ditanggung isteri kedua iaitu Adira.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor pada 25 Oktober tahun lalu.

Ia kemudian disusuli isteri pertamanya, Datin Red atau Datin Seri Sharifah Norshafila yang memfailkan perceraian ke atas suaminya pada awal tahun ini.

@dato..red Alhamdulillah dan terima kasih atas peluang yang diberi oleh @pakmatwesterncafe ♬ original sound – MKM14

Baca:

Untungla penjawat awam, baru dapat RM2,000 dapat lagi duit raya RM500

Harga tapak cekik darah punca peniaga bertindak sebegitu

Pernah viral ‘disaster girl’, kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta