Rupanya main ‘game’ pun boleh dapat beras, wanita ini beritahu berbaloi ‘siram pokok padi’

Oleh SHAZLIN AZIZ

Ketika ramai daripada kita mengeluh payah untuk cari beras tempatan di pasaran, rupanya main ‘game’ di platform e-dagang pun boleh dapat beras.

Pengguna Facebook, Raudzah Arippin memberitahu hal sedemikian seperti dialami suaminya sendiri, Idzwan yang memanfaatkan perintis platform e-dagang Asia Tenggara, Lazada.

Katanya yang mesra membahasakan dirinya Kak Odah, sudah kali ketiga sebungkus beras 1 kg dihantar ke rumah pada 10 Oktober lalu atas nama suaminya.

“Sebelum ini, hairan jugalah dia (Idzwan) beli beras. Sebab di rumah ni, yang beli beras, yang angkut beras dan yang masak beras semuanya Kakdah. Hihi.

“Idzwan kata, beras tu hadiah menang dia main game di Lazada. Yahoo. Main game pun boleh dapat beras. Lain macam,” tulisnya.

Rupanya main 'game' pun boleh dapat beras, wanita ini beritahu berbaloi 'siram pokok padi'

‘Posting’ beliau itu dilihat menarik perhatian ramai warganet dengan kira-kira 19,000 tanda suka dan lebih 2,700 komentar hanya selepas dua hari dimuatnaik di Facebook.

Secara berseloroh, Raudzah yang juga penulis buku, “Maaf, Suami Puan Kritikal” (2017)berkata, tidak timbul soal beras putih tempatan atau import.

“Janji beras percuma,” kata ibu kepada empat anak ini lagi.

Beberapa individu lain turut mengakui berbaloi ‘siram pokok padi’ di Lazada.

Antaranya, Tye Suleiman yang memberitahu dia sudah menerima kira-kira 15 kg beras dengan setiap kampit seberat 1 kg.

Mengulas cakap-cakap netizen tertentu yang bimbang menerima beras plastik, ini nasihat Raudzah yang juga sering menulis hal keluarga, anak-anak dan kucing peliharaannya, Jebat dan Emma:

“Bolehlah cuba tanam padi dulu, rajin-rajin siram. Nanti dapatlah satu pek beras sekilo.

“Berasnya elok. Setakat ni saya dah masak, dah makan. Rupanya sama saja, jadi nasi macam daripada beras yang kita beli di kedai.

“Tak nampak beza pada rasa atau tekstur yang pelik dan mencurigakan pada beras atau nasi tu,” katanya tetapi beliau sempat mengusik jika anggap beras itu palsu, tidak perlu main ‘game’ di Lazada itu.

Baca:

Kesian Khairul Aming, sebaik-baik dia pun kena cop scammer, jahat betul orang yang buat tu

Guru sekolah agama kantoi bagi pinjam duit, minta habuan seks sebagai balasan

Siti Nurhaliza pun risau nasib anak-anak Gaza, rupanya penyanyi hebat ini tubuhkan sekolah di Palestin