Rumah Hangus Terbakar, Al-Quran Tidak Terjejas

Oleh ADIBA SHAROM

MELAKA: Hanya dua naskhah al-Quran tidak hangus dalam kejadian kebakaran membabitkan dua buah rumah yang hangus sepenuhnya di Taman Kenanga 3, Klebang Besar di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, kesemua lima mangsa terdiri daripada dua buah keluarga berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika ditemui  mangsa, Habibah Md. Sab, 63, berkata, dia tidak me­nyangka hanya al-Quran yang dibelikan oleh arwah anak lelakinya itu tidak terbakar meskipun diletakkan di atas almari di ruang tamu.

“Ketika kejadian mak cik tinggal seorang diri, manakala anak lelaki berusia 22 tahun yang menetap bersama keluar bekerja.

“Makcik sakit lutut, jadi tidak ada satu pun barang sempat di­selamatkan, namun saya terkejut apabila dua naskhah al-Quran dibelikan arwah anak lelaki di­letakkan di ruang tamu tidak ‘terusik’,” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di lokasi.

 

Baca:

 

Menceritakan semula insiden itu, Habibah memberitahu, kejadian disedari ketika dia ingin mengambil wuduk sebelum ternampak kepulan asap dari tingkap dapur rumahnya.

“Saya bergegas keluar untuk periksa keadaan dan ternampak anak jiran berusia 11 tahun dalam keadaan cemas berdiri berhampiran tilam yang sedang terbakar di rumahnya.

“Makcik terus tarik getah paip untuk padamkan api tetapi ia merebak dengan sangat cepat, keluarga jiran serta penduduk kampung lain juga cuba memadam, namun tidak berjaya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tonton:

Join telegram channel:

NextStep Malaysia Channel

Baca:

Buat Kolam Sendiri Siap Dalam 7 Hari Saja

Pekebun Terserempak ‘Pak Belang’ Melintas Jalan

Sijil Vaksinasi Palsu, MMA Mahu Hukuman Paling Berat