Resipi sambal bilis buka selera, stok sahur kesukaan anak bujang

Oleh ADINDA

Sambal bilis garing adalah pilihan yang bagus untuk persediaan semasa bulan puasa.

Ia dapat membantu membangkitkan selera makan ketika sahur.

Biasanya, kita kurang berminat untuk makan ketika sahur.

Resipi sambal bilis buka selera, stok sahur kesukaan anak bujang

Masakan seperti sambal bilis ini boleh membantu menghidupkan selera.

Makan dengan nasi hangat dan ulam timun sudah cukup.

Ini membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari ketika berpuasa.

Menyediakan juadah ini tidak terlalu rumit.

Sesuai untuk persediaan makanan sebulan ketika berpuasa.

Bahan-bahan:

• Ikan bilis kecik
• Cili kering
• Kacang tanah
• Bawang merah
• Semua yang bertanda *tu korang sukat pakai 3 genggam. Tak perlu nak timbang bagai.
• 1 1/2 sudu makan Gula
• Sedikit garam
• Air limau nipis 1/2 biji cukup.

Cara membuatnya:

1. Goreng ikan bilis sehingga rangup, dan goreng juga kacang tanah sehingga garing, kemudian toskan minyak.

2. Gunting cili kering terlebih dahulu, buang bijinya, dan goreng hingga garing. Selepas itu, toskan minyak.

3. Hiriskan bawang merah halus untuk membuat bawang goreng. Goreng dengan api sederhana sehingga garing. Jangan lupa toskan minyak.

4. Bancuh cili kering dengan gula dan garam menggunakan blender. Pastikan tidak terlalu hancur, biarkan ada sedikit serpihan.

5. Pastikan anda menggunakan pengisar kering. Untuk lebih mudah, gunakan Tupper Smooth Chopper.

6. Letakkan semua bahan dalam mangkuk besar. Perah air limau nipis ke atasnya.

7. Gaul sehingga semua bahan sebati dalam adunan itu.

8. Selepas itu, cuba rasa manis dan masinnya.

9. Tambahkan mengikut selera anda.

Selesai!

Selamat mencuba.

Baca:

Warga emas sambut hari jadi ke-80 dengan Tunku Azizah, siap dibelanja makan & dapat hadiah

PAS kecoh kantin sekolah dibuka, minta pelajar ‘non-muslim’ bawa bekal

Hari Jadi tahun ini yang sedih buat Bella, rupanya ini situasi dua anaknya selepas Aliff kena cekup JAWI