Pengunjung ‘dera’ mental staff, sepahkan baju raya di butik

Oleh ADINDA

Kebanyakan orang suka pergi ke kedai untuk pilih baju raya.

Ini kerana ia senang nak tengok kualiti dan saiz baju, berbeza daripada beli di online.

Tapi baru-baru ni, seorang lelaki terkejut apabila melihat kedai baju raya umpama dibadai ombak, dengan baju-baju berselerak sampai ke lantai.

Melalui video TikTok @nfakkkkk, kejadian tersebut dikatakan berlaku kerana beberapa pengunjung yang tidak sabar dan tergesa-gesa semasa memilih baju untuk raya.

Pengunjung dera mental staff sepahkan baju raya di butik

Ramai yang merasa simpati terhadap pekerja-pekerja butik tersebut kerana mereka terpaksa membersihkan dan menyusun semula pakaian yang dibuka oleh pelanggan.

Lebih menyukarkan lagi situasi, terdapat kotak-kotak untuk menyimpan baju raya yang tidak boleh digunakan kerana tahap kerosakan yang sangat teruk.

Menurut orang ramai di internet, keadaan seperti itu di kedai tersebut sudah menjadi biasa setiap kali tiba musim perayaan.

Sementara itu, netizen menegaskan bahawa insiden itu berlaku mentaliti ‘pasar’ yang dimiliki oleh pelanggan ketika mereka memasuki butik.

Oleh itu, ramai yang meminta agar pengurusan butik mengenakan sekatan pada jumlah pelanggan yang diterima pada satu-satu masa supaya insiden seperti itu tidak berulang di masa akan datang.

Pada masa yang sama, warganet meminta orang yang akan mengunjungi kedai itu agar tidak secara sembarangan membuka kotak untuk mencuba pakaian.

Sebaliknya, anda boleh minta bantuan daripada pekerja terlebih dahulu kerana mereka lebih memahami susunan barang di kedai tersebut.

@nfakkkkk #fypシ゚ #foryou #xyzbca #raya2024 ♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Baca:

Budak di kedai ditanggalkan baju dan ditampar, inilah rupa pendudukan tentera

Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan ‘caller’ raih kritikan warga maya

Penangan kuasa viral, Faiz sampai tak cukup tidur, ramai puji penjual burger meja ke meja iras wajah Wahid Senario ini