Netizen dakwa Datuk Red kena kifarah, dedah diri bankrap sejak 5 tahun lepas

Oleh AHMAD ISMAIL

Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu, mengumumkan bahawa dia telah diisytiharkan muflis atau bankrap.

Dalam satu temu bual dengan Mstar, Adnan atau lebih mesra dikenali sebagai Datuk Red, mengatakan bahawa syarikat hartanah dan perumahan yang sebelum ini diusahakan oleh beliau tidak lagi beroperasi sejak tahun 2019.

Kerana itu, beliau bertekad untuk mencari pekerjaan dan sanggup menghadapi rasa malu demi mencari wang untuk menyara keluarga serta melunaskan hutang.

Netizen dakwa Datuk Red kena kifarah, dedah diri bankrap sejak 5 tahun lepas

“Saya memang sedang cari kerja bersesuaian dengan umur dan taraf pendidikan yang tidak setinggi mana.”

“Sebenarnya saya sudah diisytiharkan muflis pada tahun 2019. Apa pun saya berterima kasih pada isteri saya yang banyak menutup aib saya.”

“Saya sudah cuba bermacam-macam cara untuk kembalikan perniagaan saya tapi tidak berjaya, tidak mengapa kerana mungkin Allah tidak mengizinkan saya.”

Menurut Datuk Red, jumlah pinjaman yang perlu dibayar sehingga sekarang ialah RM5 juta.

“Saya sebenarnya silap langkah, biasalah mungkin wujud perasaan tamak. Saya ada bekerjasama dengan sebuah syarikat untuk projek mendirikan perumahan, namun projek itu gagal dan saya muflis.”

“Asalnya saya berhutang hanya RM900,000 sahaja. Tapi berkait-kait dan saya congak-congak jumlah hutang saya sekarang RM5 juta hingga RM7 juta.”

“Ada juga pihak yang datang ke rumah menuntut, tapi saya tiada duit nak bayar. Bukan saya tak mahu bayar cuma sedang berusaha.”

Dalam sesi temu bual yang sama, Datuk Red mengesahkan bahawa akaun TikTok dengan nama @Datored yang menjadi viral sejak semalam adalah miliknya.

Sebelum ini, laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang melibatkan Adira dan suaminya Datuk Seri Adnan gagal mencapai persetujuan untuk berdamai mengenai proses perceraian mereka.

Semasa prosiding tersebut, Datuk Red tidak bersetuju untuk bercerai dengan isterinya, tetapi Adira tetap kekal dengan keputusannya untuk berpisah.

Mahkamah kemudian menetapkan kes tersebut akan dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.

Untuk makluman, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Daripada perkahwinan mereka, mereka dikurniakan dengan empat orang anak, iaitu Anggrek, 7 tahun, Asan, 6 tahun, Anggun, 5 tahun, dan Ayob, yang kini berusia dua tahun.

Baca:

Mangga terlebih masak jangan dibuang, ini cara mudah buat agar-agar mangga yang sedap

Budak di kedai ditanggalkan baju dan ditampar, inilah rupa pendudukan tentera

Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan ‘caller’ raih kritikan warga maya