Muhyiddin sedia memilih untuk meletak jawatan

Oleh ADINDA

Dalam ucapan khas Perdana Menteri petang ini, Tan Sri Mahiaddin @ Muhyiddin Yaasin menjelaskan beliau mengakui hanya mempunyai dua pilihan menurut perlembagaan iaitu membubarkan parlimen atau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Hal ini kerana keabsahannya sebagai Perdana Menteri terus dipersoalkan semua pihak selepas UMNO mengumumkan menarik sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dan beberapa orang ahli parlimen UMNO telah mengumumkan perletakan jawatan dari kabinet dan GLC kerajaan.

Dalam masa yang sama Mahiaddin turut mengakui wujudnya rundingan dengan parti-parti di luar komponen PN untuk memberikan sokongan kepadanya sebagai Perdana Menteri. Sokongan ini bertujuan untuk membentangkan usul undi percaya di Parlimen yang dijangka akan dibentangkan pada bulan September nanti.

Baca Artikel Penuh