Mudah rupanya tanam taugeh, letak kacang hijau dalam balang, pungut hasil lepas 3 hari

Oleh FATIN AQILAH

 

Taugeh yang kaya protein dan enzim yang melancarkan penghadaman rupanya boleh dihasilkan dengan tanam saja dalam balang.

Sayur jenis ini juga sarat dengan vitamin dan kaya antioksidan yang berguna sebagai perisai kepada penyakit kanser juga baik untuk tampak awet muda.

Bagi orang lelaki pula, rugilah jika menolak taugeh sedangkan ia mampu meningkatkan penghasilan hormon bagi tujuan kesuburan.

Malah, menurut portal Hello Doktor, taugeh mampu melawan kanser serta memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti.

Jadi, tidak perlu lagi ke kedai hanya semata-mata mahu membeli taugeh. Tuai saja taugeh di rumah anda yang ditanam 3 hari lalu untuk dicampurkan bersama mi goreng anda.

Cara tanam taugeh pun cukup mudah, lagipun tidak banyak kerenah untuk menjaganya.

Jom, ikuti langkah demi langkah teknik menanam taugeh dalam balang seperti dikongsikan Nora Valo ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Kacang hijau
  2. Tisu
  3. Balang
  4. Air

Cara-cara penanaman:

1. Rendam kacang hijau selama 24 jam. Tak payah banyak-banyak, segenggam pun dah cukup.

2. Buang air rendaman. Pindahkan kacang ke dalam balang plastik. Nak letak tisu boleh, tak letak pun tidak mengapa. Tutup balang, Simpan balang di tempat gelap/balut dengan plastik hitam.

3. Siram 2 kali sehari. Caranya letak air dalam balang lepas tu goncang-goncang sikit, lepas itu buang air dia.

4. Tiga atau empat hari dah boleh dituai. Kalau nak simpan lama, penuhkan air, letak dalam peti ais.

5. Hasilnya lepas 3 hingga 4 hari. Gemuk-gemuk macam beli di kedai.

Siram 2kali sehari. Caranya letak air dalam balang lepas tu goncang-goncang sikit, lepas tu buang air dia.

Posted by Nora Valo on Wednesday, June 2, 2021

Baca:

Ramai isteri pertama kena tipu bila suami nak poligami, ini perkara paling penting kena buat depan hakim

Asalnya hanya tukang bancuh air, kini ada 110 kios, ini owner sebenar ayam goreng Muizz

Gaji pihak berwajib patut boleh dah beri kepada polis, kerja orang lain pun mereka kena buat