Kalimah ALLAH hak semua agama

Oleh ADIBA SHAROM

Selepas 13 tahun, Mahkamah Tinggi memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.
Terdahulu pada prosiding itu, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan tiga pengisytiharan deklarasi oleh seorang wanita keturunan Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill.

Kabinet pada 1986 tidak mengenakan sekatan penuh terhadap keempat-empat perkataan itu, namun KDN melangkaui kuasanya.

Penggunaan kalimah Allah ketika itu boleh digunakan oleh gereja dengan syarat penerbitan itu hanya untuk orang Kristian. Dalam kes ini, pihak kementerian bertindak secara tidak rasional, menyalahi undang-undang dan tidak wajar.

Sudah dibuktikan bahawa apabila orang Kristian menggunakan Allah untuk tujuan keagamaan, ia tidak menimbulkan sebarang kekacauan kepada keselamatan awam. Masyarakat Kristian di Sarawak dan Sabah juga sudah menggunakan perkataan Allah hampir 400 tahun

Walau bagaimanapun, penerbitan buku agama atau bahan keagamaan Kristian yang menggunakan empat perkataan itu hendaklah disertakan dengan penafian (disclaimer) pada kulit buku.

“Kena ada cop penafian ‘Hanya untuk penganut Kristian sahaja’ dan lambang salib,”

https://www.youtube.com/watch?v=B8SOgoQ4bqU&list=PLB32RPpFndiwtQ09e1J1C3LL7EPUfhGr1&index=23