Ingat drama Cili Padi? Ini keadaan terkini Jaafar Onn, sama-sama kita doakan

Oleh ADINDA

Jaafar Onn, seorang pelakon dan pengacara yang berpengalaman, berusia 73 tahun, mengakui bahawa kesihatannya telah menurun.

Beliau kini menggunakan kerusi roda untuk membantu pergerakannya sejak enam bulan yang lalu.

Dalam berkongsi keadaannya, Jaafar, atau nama sebenarnya Jaafar Onn Awang, mengatakan bahawa kakinya semakin bengkak dan melecet, dan beliau sudah setahun tidak dapat bekerja.

Ingat drama Cili Padi Ini keadaan terkini Jaafar Onn sama sama kita doakan

Walaupun begitu, pelakon drama popular ini masih berharap untuk terus menyumbang kepada industri seni tempatan.

“Walaupun sudah enam bulan menggunakan kerusi roda, saya masih menunggu tawaran bekerja. Ada juga dapat tawaran penggambaran drama walaupun dalam keadaan perlu bersabar.

“Kalau ada produksi yang mahukan khidmat, jangan risau hendak panggil, saya terima dengan hati terbuka. Sampaikan Raja Azura kata tak apa, dia boleh tolak kalau saya berkerusi roda pun asalkan dapat berlakon.

“Jiwa saya jiwa seni, mana mampu pergi mana lagi. Kalau betul tak mampu saya tak mahu menyusahkan orang lain,” katanya kepada BH Online.

Pada masa yang sama, Jaafar merasa bersyukur kerana masih ada orang yang peduli dan sanggup menolongnya dengan menghulurkan bantuan.

“Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa menyokong dan datang menziarahi,” katanya.

Sebelum ini, sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan Jaafar menggunakan kerusi roda dan diberi bantuan oleh beberapa orang ketika ingin masuk ke dalam kereta.

Video tersebut menimbulkan pertanyaan di kalangan peminat mengenai keadaan terkini pelakon yang dilahirkan di Muar, Johor itu.

Pada masa yang sama, anak angkatnya, Hanif Hashim, mengesahkan bahawa kesihatan Jaafar telah merosot sejak Oktober tahun lepas selepas dimasukkan ke Hospital Serdang disebabkan oleh masalah kesukaran bernafas.

“Dia agak uzur sekarang dan tak boleh urus diri sendiri, saya yang kena uruskan. Di rumah, dia akan pakai lampin pakai buang sebab hendak ke bilik air agak susah.

“Kalau hendak bangun, kaki dia tak kuat dan kena papah. Cuma dalam seminggu ini selepas makan ubat keadaan dia sudah nampak baik sikit,” katanya.

Baca:

Bantu suraikan kesesakan, PLUS aktifkan Smartlane di 19 lokasi ‘hotspot’

Aliff Syukri dakwa nama pereka dalaman tak daftar MIID, Filla Ismail mohon maaf kritik rumah macam kedai tomyam

Ayah seram tengok kucing kacuk kelawar, tapi nama artis ini juga yang kena sebut