visitor activity monitorweb stats

Hilang selepas keluar dari MRT Sungai Buloh, rupanya dua hari kena ‘culik’ tak jumpa jalan pulang

Oleh AHMAD ISMAIL

Seorang lelaki yang hilang selama dua hari selepas keluar dari Stesen MRT Sungai Buloh, rupanya dua hari mungkin kena ‘culik’ dengan makhluk halus.

Penyunting video, Muhd Danial Hakim, 24, sebenarnya hanya berada di dalam kereta dan tidak jumpa jalan pulang ke rumahnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Kejadian menyeramkan itu berlaku selepas dia pulang bekerja di Petaling Jaya, kira-kira 6.30 petang, 8 November lalu.

“Malah, ketika parkir di kawasan Sungai Buloh itu, dia juga tidak dapat membuka pintu dan keadaan sekeliling nampak gelap.”

Itu kata Muhammad Luqmanul Hakim Mohd Saiful, abang kepada mangsa.

Sementara itu, isteri Danial, Puteri Nik Badzlin Amir, berkata mengikut rekod transaksi kad Touch ‘n Go (TnG) didapati kereta Kia Forte milik suami keluar dari Stesen MRT Sungai Buloh pada 8 malam hari sama.

Bercerita lanjut, Luqmanul memberitahu, Danial hanya menemui jalan pulang selepas terdengar azan pada malam, 10 November.

Sejurus itu, Danial berjaya menghidupkan semula enjin kereta dan berjaya pulang ke rumah dalam keadaan selamat.

Namun, dia trauma dan lemah kerana tidak makan selama dua hari.

“Pada hari kejadian, sebaik turun dari MRT Sungai Buloh, dia berasa agak pening dan memandu kereta sebelum dia parkir sekejap di kawasan berhampiran untuk berehat.

“Namun selepas itu, dia bergerak untuk pulang ke rumah, tetapi gagal menemui laluan ke rumahnya dan beberapa kali melalui kawasan sama.

“Selepas itu, dia meletakkan kereta di kawasan terbabit dan cuba menghubungi isterinya namun gagal.

“Malah, dia juga tidak dapat membuka pintu kereta, selain enjin (kereta) gagal dihidupkan,” katanya, dipetik Harian Metro.

Danial juga hanya lihat di luar kereta, keadaan hitam, dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Mujur pada malam, 10 November, dia terdengar suara azan.

Lelaki itu cuba menghidupkan kereta sebelum berjaya dan mengikut laluan berpandukan lampu kereta.

Tidak lama selepas itu, Danial jumpa a menemui sekolah dan kedai makan yang memang dicam olehnya dan terus pulang.

“Sebaik tiba di parkir rumah flatnya, dia terus menghubungi isterinya memaklumkan dia berada di bawah dan tidak larat hendak naik ke atas,” kata Muhammad Luqmanul lagi.

Baca:

Bertekak pun tak guna, benda dah jadi, ikuti 9 perkara patut buat kalau kemalangan jalan raya

Guna 5 bahan saja dapat donut gebu, jimat masa tak payah pun rehatkan doh

“Bila meter minyak tunjuk simbol E, buat tiga perkara ini untuk elak enjin mati tiba-tiba” – Abg JPJ