Heboh pemuda mualaf 9 kali ulang alik hanya kerana sijil kahwin, rupanya ini cerita sebenar dari pejabat agama

Oleh SHAZLIN AZIZ

Ramai yang mengecam pihak pejabat agama selepas heboh seorang pemuda mualaf terpaksa berulang-alik sebanyak sembilan kali bagi mendapatkan sijil perkahwinannya.

Menempuh jarak keseluruhan perjalanan sebanyak 700 kilometer, mualaf itu terpaksa berbuat demikian ke Pejabat Agama Daerah Barat Daya di George Town.

Rupanya,hal itu berpunca daripada kegagalannya melengkapkan dokumen diperlukan.

Heboh pemuda mualaf 9 kali ulang alik hanya kerana sijil kahwin, rupanya ini cerita sebenar dari pejabat agama

Jurucakap Pejabat Agama Daerah Barat Daya berkata, pemuda itu sebenarnya telah berkahwin di Indonesia dan isterinya juga adalah warganegara Indonesia.

“Jadi, kakitangan pejabat agama meminta dia melengkapkan dokumen yang diperlukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum sijil perkahwinannya dapat diluluskan oleh pejabat agama,” katanya, lapor Kosmo.

Menurut jurucakap itu lagi, pihaknya telah memproses permohonan pemuda itu seperti mana prosedur pasangan yang bernikah di luar negara.

“Prosesnya adalah sama dengan pasangan lain yang bernikah di luar negara, ia adalah sama,” jelasnya.

Dalam pada itu, jurucakap itu berkata, pejabat agama juga telah mengeluarkan sijil perkahwinan pemuda berkenaan sebaik sahaja dia melengkapkan kesemua dokumen yang diperlukan.

Baca:

20 ‘checklist’ untuk beribadah dalam bulan Ramadan, ini dari Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Pasang CCTV cepat denda siapa yang buang sampah, keadaan teruk Sungai Klang tak patut dibiar

Tak perlu minyak! Proses masak ikan singgang tidak renyah jika ikut cara ini