Dah dekat raya, ke mana tuan punya beg berisi duit RM500,000 ini pergi?

Oleh HADI KAMARUDIN

Bagasi yang mengandungi lebih daripada RM500,000 wang tunai masih belum diambil walaupun sudah melebihi satu minggu selepas ditemui di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli-belah di Damansara, Petaling Jaya, pada 20 Mac yang lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa pemiliknya masih belum muncul sehingga ke hari ini.

“Bagasi itu masih belum dituntut dan kita (polis) masih menunggu pemiliknya hadir,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Dah dekat raya ke mana tuan punya beg berisi duit RM500000 ini pergi

Pada Isnin yang lepas, Hussein memberitahu seorang pengarah syarikat teknologi maklumat (IT) yang mengatakan bagasi yang terlibat adalah miliknya masih belum tampil kepada pihak polis untuk memberikan keterangan disebabkan faktor masalah kesihatan.

Polis menerima laporan daripada syarikat itu pada 21 Mac di Shah Alam.

Tetapi, pengarah syarikat tersebut belum hadir untuk memberikan keterangan kepada Ketua Polis Balai Damansara sebagai bukti dan rekod tentang pengesahan wang tunai itu.

Minggu lepas, dalam sesi media, Hussein memberitahu seorang pengawal keselamatan di pusat membeli-belah di Damansara, Petaling Jaya telah menemui sebuah bagasi di tempat letak kereta di premis tersebut.

Semasa pemeriksaan pada beg bagasi berwarna merah jambu dan putih berukuran sederhana, didapati terdapat nota wang kertas RM50 dan RM100 bernilai lebih daripada RM500,000 secara keseluruhan.

Baca:

Bantu suraikan kesesakan, PLUS aktifkan Smartlane di 19 lokasi ‘hotspot’

Aliff Syukri dakwa nama pereka dalaman tak daftar MIID, Filla Ismail mohon maaf kritik rumah macam kedai tomyam

Ayah seram tengok kucing kacuk kelawar, tapi nama artis ini juga yang kena sebut