Biskut jari zombie tersepit pintu ini mungkin paling lambat habis

Oleh HADI KAMARUDIN

Biasanya, bekas kuih raya yang ramai orang suka, keraplah tuan rumah isi semula tetapi mungkin tidak jika letak biskut jari zombie tersepit pintu ini.

Diberi nama jari hantu bengkak, jelas kelihatan seperti jari manusia yang seram, lebih-lebih lagi apabila dikongsikan bentuknya sebelum dan selepas dibakar.

Biskut raya menyerupai jari hantu yang mencuri perhatian ramai itu dijual oleh @fykaascha iaitu pembuat ‘content’ yang terkenal dengan kandungan seram.

Biskut jari zombie tersepit pintu ini mungkin paling lambat habis

Mengikut rakaman yang dimuatnaik di TikTok, biskut itu terdiri daripada kacang almond sebagai salah satu bahan penting untuk menampakkan seperti kuku jari.

Selain itu, mungkin jem strawberi atau ceri diletakkan sebagai darah yang berlumuran pada jari hantu itu.

Susulan itu, warganet melahirkan rasa geli bercampur seram untuk menjamah kuih jenis seperti itu.

“Batal niat nak makan kak… takut kena cekik.

“Kalau tunjuk kat mak saya mesti kembang tekak, tak nak makant erus.

“Janganlah buat biskut macam itu, nak sentuh pun takut,” demikian antara komentar warga maya.

@fykaa_kaka Biskut Raya tahun ni.. Jari Hantu Membengkak.. 🤤🤤🤤🤤🤤 #foryou #raya2024 ♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Baca:

Tidak terlambat lagi amal panduan 50/30/20, tidaklah hujung tahun pelik ke mana lesapnya duit

Pelakon minum air kencing lembu untuk kekal bertenaga?

Pernah rasa lemau, tak bermaya? Cuba mandian mujarab limau, terus rasa ‘fresh’